Assalamualaikum semua sahabat blog. Kami cuma Penternak Kambing secara kecil-kecilan di belakang rumah. Mula-mula saja-saja beli 6 ekor ibu kambing.....lepas tu dapat ramai anak kambing. Syok jugalah sebab dapat tengok anak-anak kambing tu lari-lari dalam kandang. Sekarang dah belajor-belajor bela Boer, kami panggil "kambing Mat Salih".
Mula-mula start belajor sikit-sikit dengan orang yang dah 10 tahun bela kambing. Nampak macam best aje bela kambing nie.... nak try jugak...tapi nak buat kandang, punyalah mahal.
Last-last dapat jugak siap kandang kecik , muatlah 40 ekor...
Kandang tak le besar mana.... tapi boleh lah muat dalam 100 ekor..itupun kalau beranak sampai 100 ekor..insyaAllah.
Kerje bela kambing nie memang mencabar jugak yek? Kena bagi makan...bagi ubat... kemas kandang...ambik rumput.... layan anak-anak kambing.... banyak kerje tu...
Alhamdulillah, setakat nie ana cuma spend 1-2 jam aje atas kandang. Masa yang selebihnya, buat lah kereje yang berpaedah.
SOALAN CEPU MAS: Ramai orang kata bela kambing boleh kaya? Betul ke????
Ana rasa ada betul jugak, sebab dah tengok buktinya , contohnya Datuk Koboi dekat Kedah tuu...sumber inspirasi tuu... Daripada US balik duduk dekat kampung bela kambing. Hebat jugak... tak dalah kena pergi opis 9-5 , terperangkap dalam traffic jam, kena bayar tol etc.
Tapi boleh jugak kaya !
SOALAN CEPU MAS: Ramai yang dah nak start bela kambing? Apasal?
Ana rasa sebab sekarang nie tengah ada wave dekat Malaysia nie... gomen suruh bela kambing dengan harapan boleh dapat 1,000,000 ekor by 2010. Well inspiring jugak....tapi boleh ke sebarangan orang bela kambing???
Ana pernah dengar satu pepatah daripada Tok Guru ana dulu.... dia kata orang Malaysia nie ada "sindrom cendawan, puyuh dan arnab..." Maksudnya... kalau orang tanam cendawan, ramai tanam cendawan, orang bela arnab... ramai ikut bela arnab...orang tanam pisang... satu kampung tanam pisang... lepas tuu ada problem... pisang ke mana, tuan pisang tah ke mana.
p/s: Maksudnya...jangan buat kerje sebab ikut-ikut orang. Kena ikut kata naluri sendiri... baru berani mati.
Ana betul-betul teruja dengan semangat penternak kambing. Mereka adalah orang-orang yang penuh kesabaran, gigih bekerja tanpa jemu dan penat. Siapa kata bela kambing senang??? Kalau dah start , there's no turning back. Kambing mana boleh cuti, kambing kena makan hari-hari, kalau demam kena ubat, kalau kandang kotor kena bagi bersih. Pendek kata, penternak kambing jarang-jarang, kadang-kadang aje dapat pergi vacation.
Itu pasal ana respect dan kagum dengan kekebalan, kegighan, kerajinan dan kesabaran para penternak kambing. SYABAS !
Ini adalah beberapa gambar: keluarga kambing ana untuk tatapan para peminat sekalian:
Sunday, December 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment