Assalamualaikum, peace be upon you.
Dalam diam-diam kita dah melangkah ke tahun 1429 Hijrah. Bermakna sudah setahun penghijrahan yang ana lakukan... Semua orang sepanjang hidup ini pasti pernah melalui suatu masa di mana, kita mamaksa diri untuk berhijrah, ataupun diri terpaksa berhijrah.
Ana bersyukur kerana setelah di amat-amati dan direnungi ...hijrah yang dibuat InsyaAllah tidak sia-sia. Semoga semua muslimim-muslimat pun begitu jua.
Ana teringat dengan doa selepas solat Isyraq yang pernah diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. " Puji-pujian semuanya kembali kepada Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayatMu sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih."
Tiada kata-kata yang lebih indah daripada ayat-ayat Al-Quran. Tiada pesanan yang terlebih baik daripada kata-kata Rasullullah s.a.w. Sungguh indah bait-bait yang dikiaskan di dalam doa peninggalan Nabi Muhammad s.a.w.
Semoga kita semua tergolong didalam kelompok Ashabul Yamin, yang sebahagian besarnya daripada golongan terdahulu dan sebahagian kecilnya dari golongan akhir zaman.
Salam Sejahtera buat Nabi Muhammad s.a.w. keluarganya, para sahabat serta para tabiin hingga hari kiamat. Wasalam.
Thursday, January 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment