Assalamualaikum w.b.t. to all muslim bloggers and good day to my other friends,
In the name of Allah most Gracious Most Merciful:
" DAN APAKAH MEREKA TIDAK PERHATIKAN, BAHAWASANYA KAMI (ALLAH) MENGHALAU (AWAN YANG MENGANDUNGI AIR) KE BUMI YANG TANDUS, LALU KAMI TUMBUHKAN DENGAN AIR HUJAN ITU TANAM-TANAMAN YANG DARIPADANYA DAPAT DIMAKAN OLEH BINATANG-BINATANG TERNAK MEREKA DAN MEREKA SENDIRI. MAKA APAKAH MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN? "
- ( Ayat 27: Surah As-Sajadah ).
Lately, we've seen many people asking about GOAT FARMING. I've seen more and more entrepeneurs venturing into GOAT farming. In Pontian (a small town), there are one or two Kandang Kambing built by entrepeneur/businessman. It's a good sign that more and more people starting to believe GOAT FARMING is a PROFITABLE BUSINESS! kalau tak, masakan orang-orang kaya dan business men pun minat nak bela kambing? Am i right?
Gembira... kerana penternakan kambing yang dahulunya dipandang sepi atau tidak langsung dijeling dengan sebelah mata, kini telah membuka mata bukan sahaja penternak kecil-kecilan malah mata orang-orang kaya juga dah terbuka luas ! Just like what Kiyosaki said: " the poor work for money, the rich find ways to make MONEY WORK FOR THEM." Atau dalam bahasa pasar maksudnya " Orang biasa kerja untuk wang, orang kaya buat wang bekerja untuk mereka".
Satu ungkapan yang saya amat suka ialah:
" Gua titun pun bikin uang... olang lain titun bikin mimpi."
FENOMENA 1:
Di Malaysia nie masih sedikit terkebelakang daripada negara-negara Barat/Timur. Kalau di US/Canada/UK/South Africa/Australia/New Zealand, mereka telah mempunyai gabungan penternak-penternak kambing mengikut region. Mereka telah ada Standard Bodies e.g. ABGA etc. untuk menjadi pemangkin kualiti dan pemasaran kambing. Penternak-penternak kecil walaupun 20-30 ekor kambing tetap BANGGA dengan kerjaya mereka ... ini boleh dilihat melalui web page mereka. Kita di Malaysia masih lagi ketinggalan, walaupun telah nampak beberapa champions yang ada idea sebegini. Atau mungkinkah para penternak masih suka bergerak secara INDIVIDU? Fikir-fikirkanlah...
Bukan nak bangga atau memandang tinggi orang Barat/Timur, tetapi sekadar mangambil pelajaran yang baik dan adapt mengikut acuan kita sendiri.
FENOMENA 2:
1. kalau bercakap dengan orang-orang KAMPUNG, 20-30 ekor kambing dalam kandang ada yang kata dah Banyak dah tuu!
2. kalau bercakap dengan orang KAYA... "kalau nak bela kambing minimum kena 700 ekor ! Setakat 20-30 ekor tuu... dikatanya masih tahap KAMPUNGAN !"
3. kalau becakap dengan orang KEBANYAKAN...dikatanya "bela kambing tuu boleh hidup ke...???"
4. kalau cakap dengan orang LUARBIASA : " Ehhh... kau ada tanah tak, aku nak bela kambing lah... mula kecik dulu dalam 30 ekor."
Persepsi masyarakat sedang mula berubah sedikit demi sedikit... sekarang nie dah ramai bakal pesara kerajaan yang nak start bela kambing. Doktor, cikgu, jurutera, jutawan.... semuanya dan buka mata terhadap potensi GOAT FARMING AS A LUCRATIVE BUSINESS ! Ramai yang dah plan, berpuluh yang dah start, beratus lagi yang sedang mencongak dalam kepala... bila nak start nie...
To all GOAT FARMERS in Malaysia : selamat MAJU JAYA berusaha dengan tekun dan sabar.
To all GOAT FARMERS to be : biar lambat asal selamat. janagn lambat sangat!
To all GOAT FARMERS beginners (Like me): BIAR KECIL ASAL BERHASIL!
" Berusahalah dengan tekun ibarat penyu... yang senyap-senyap bertelur hingga ratusan biji...tak keluar sedikit suarapun...hanya air mata keluar berlinangan. Kita tidak pernah mendengar kisah penyu tertawa atau berkokok... yang kita dengar ialah penyu menangis."
- PETIKAN KATA-KATA HIKMAH KIYAI HJ. DR. RUSLY ABDULLAH.
Wasalam and cheers,
Cowboy Ngongsi.
Pontian.
Thursday, February 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Assalamualaikum tuan,
kandang tuan kat mana nie?
Post a Comment