Assalamualaikum to all muslim & good day to my other friends,
To start small or BIG ??? This is the common question by all beginners, like me! It is very subjective... no one has the correct answer. As for me, Keep It Simple And Smart (KISS). Ask your deepest soul and you'll find the answer you're looking for. Orang Melayu kata.. TEPUK DADA TANYA SELERA, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.
Masa ana pergi kursus kambing dulu, daripada 50 peserta, hanya 5 sahaja yang dah start operasi...yang lain masih mencongak atas kertas. Kebanyakan dilema yang menghalang untuk bermula seperti berikut:
1. Mana Nak Jual Kambing?
2. Boleh Jual Ke?
3. Mana nak dapat bantuan modal? Tak ada geran tanah lah...camna?
4. Kambing jenis apa bagus yek...?
5. Nak buat kandang mahal lah?
6. Mana nak cari tanah nie...?
7. Mahal betul lah kambing baka... seribu lebih sekor...mana nak cari duit???
Biasalah..... kawan pun pernah terfikir bende2 nie jugak... ini adalah normal thinking process ! Satu perkara yang kita perlu tahu ialah: OUR MIND IS TAUGHT TO FIND EXCUSES NOT TO ACCEPT DIFFICULTIES/CHALLENGES/RISKS !
Ini adalah cara biasa minda manusia bekerja. Oleh sebab pengalaman yang dah ditempuhi, minda manusia telah diprogramkan untuk tidak menerima kesilapan/cabaran/risiko. Minda manusia hanya suka mencari alasan agar tidak menghadapi risiko kesilapan dan kekalahan ! MAKA tak hairanlah ramai yang masih dilema nak start bela kambing.
Ana baru je belajo-belajo nak business kambing... nasihat ana kepada all beginners macam ana: DENGARLAH KATA NALURI ANDA...... THEN JUST DO IT! Kenapa kena JUST DO IT! Sebab fitrah alam ciptaan tuhan telah menunjukkan bahawa manusia mempunyai potensi/kebolehan yang amat luarbiasa dalam keadaan TERDESAK! Ini adalah satu MIRACLE kurniaan Allah kepada hambanya.
InsyaAllah dengan sedikit tujahan dan desakan diri... kita boleh menyalakan kehebatan seumpama "Menghidupkan Seekor Naga" yang ada di dalam diri masing-masing.
Sehingga ketemu lagi.
Wasalam & cheers.
Wednesday, February 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Thank you for your encouragement.
Insya'Allah we shall be launching our Ladang Fatima in Batang Melaka, soon
Post a Comment