Asslamaualaikum w.b.t to all muslim bloggers and good day to my other friends.
Selamat menyambut hari bapa sedunia. Dalam kemeriahan membicarakan hal harga petrol dan makanan yang mencanak naik, agaknya sambutan Hari Bapa akan dibuat ala kadar. Maklumlah, duit Rm 625 tak mungkin cukup untuk menampung kos petrol pergi dan balik dari tempat kerje.
Ana pernah dulu bergelumang dengan kehidupan dan cara kerja di KOTA BESAR seperti KL. Start aje enjin kereta bermaksud, duit akan keluar dari poket kita. Perlu isi Petrol, perlu bayar TOL, perlu maintanence kereta etc. Lebih teruk lagi bagi mereka yang berulang daripada Rawang - KL, Shah Alam - KL, Ampang - PJ, KL - Putrajaya dan ada juga berkereta daripada Nilai - KL dan Seremban - KL.
Bayangkan perjalanan daripada Rawang ke Shah Alam melalui lebuhraya Guthrie pun dah makan RM20 petrol. Kalau kerja 20 hari sebulan camno...? Tak ke dah jejak RM 500 termasuk bayaran TOL. Waduh... waduh.... bisa capek dong....
Ana tak dapat nak bayangkan bagaimana kiraan belanja bulanan bagi kawan-kawan ana yang tinggal di Dengkil dan bekerja di KL central. Yang beli rumah di Bandar Putra bangi dan kerje di KL. Ada jugak yang tinggal di Ampang tapi kerje di Shah Alam/PJ.
Nasihat ana pada diorang.... NAIK MOTOR JELAH BANG.......
Perspektif Ana yang sekarang dah tinggal di Bandar Kecil ala-ala Smallville gitu...
Kami di sini berbelanja di kedai runcit dekat dengan rumah. Anak-anak dihantar bersekolah di sekolah kampung, dekat dengan rumah. Jarak antara shopping complex dengan rumah less than 10km. Kalau nak makan-makan kedai... cuma 3 km dari rumah. Nak ke Masjid boleh naik basikal je...
MINYAK TAK BANYAK HABIS..... DUIT TAK BANYAK KELUAR!
Berbeza dengan keadaan ketika kami tinggal di KOTA METROPOLITAN ala-ala KL dulu. Shopping complex terdekat 10km. Bandar terdekat dengan rumah 10km (tak masuk traffic jam yek...). Sekolah paling dekat RM45 sebulan naik bas. Kalau nak bawak anak-anak keluar on weekend .. minima mesti habis RM50... setakat nak isi Petrol aje. Nak sembahyang Jumaat kat Masjid pun kena start enjin kereta!
WADUH...WADUH... BERBEZA SUNGGUH KOS SARA HIDUP DI KOTA METROPOLITAN BERBANDING DENGAN KOS TINGGAL DI SMALLVILLE !
DAH TUU... NAK BUAT CAMNE??? Percayalah, tak guna nak demonstrasi atau nak marah sebab harga minyak melambung. Itu baru permulaan... minyak akan terus berkurangan, harga akan terus melambung.
MORAL OF THE STORY.... "JANGAN MARAHKAN KENAPA MINYAK NAIK.... TAPI FIKIRKAN KENAPA KITA MEMILIH UNTUK GUNA BANYAK PETROL TIAP-TIAP HARI!"
Waallah hu allam.
wasalamu.
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment