PENDUDUK BUMI YANG DAH JENGOK KAMI SERAMAI...

ORANG DAH JENGOK KAMI
Free hit counter

Wednesday, January 7, 2009

KENALI DIA... KENALI DIRI

Assalamualaikum w.b.t to all muslim bloggers and good day to all my other friends,

It's been months since my last blog posted in August-08. Time is running fast just like in surah Al-Asr.

" Demi Masa. Sesunggunya manusia itu didalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Dalam beberapa bulan yang lepas, pelbagai perkara menarik yang ana lalui. Semuanya adalah takdir illahi yang sememangnya ingin menguji setiap insan di muka bumi ini.
Ada manusia yang diuji dengan kesusahan , ada yang diuji dengan kesenangan. Keduanya telah ana rasai. Samaada ana lulus atau tidak ujian tersebut... hanya DIA yang Maha Mengetahui. Wallahua'lam.

Fitrah manusia, yang sering masih sukar mengenal tentang diri sendiri. Dijadikan seketul daging (hati) yang dibolak-balik sekadar menguji kekuatan keimanan manusia. Memang mudah untuk lidah berkata-kata... tetapi bilamana seseorang hamba itu diuji, akan terlihatlah perkara-perkara yang tidak pernah ia kenal mengenai diri sendiri.

Allah menguji manusia bukan suka-suka. Mereka yang pernah melalui penderitaan dan bersabar dalam keimanan serta berpegang teguh dengan tawakal kepada Tuhan Raja Seklaian Alam mungkin akan diberi petunjuk dan sinar dalam mengenal Allah Rabbul Jalil. Mereka yang belum diuji tahap tawakalnya kepada tuhan pasti sukar untuk mengerti. Hanya dengan mengenal Allah , baru kita mengenal siapa kita...hamba kepada AL-Khaliq.

Sesetengah orang berkata mungkin kita telah cukup diuji dengan harta dan kekayaan. Mungkin kita telah banyak berkorban harta dan wang ringit untuk Islam. Betulkah....??? Betulkah dengan bersedekah RM1 setiap kali sembahyang Jumaat, membayar zakat setahun sekali telah cukup membuktikan ketawakalan kita padaNya???

Untuk menjawap persoalan itu... ana suka membandingkan dengan kisah sahabat rasullullah s.a.w iaitu Abdul Rahman Bin Auf r.a. Sekiranya kita umat islam baru pakai sebiji BMW dan berlagak, sebiji banglow dah lupa diri, ada sebiji Porsche dah tak nak ke Masjid, baru ada sebuah kedai dah tak nak dengar ceramah agama.... LUPAKANLAH!
Terlalu jauh miskin kita jika dibandingkan dengan Abdul Rahman Bin Auf. Bukan setakat miskin material, tetapi miskin jiwa !

Abdul Rahman Bin Auf r.a. sanggup menginfakkan seluruh kekayaaa, wang ringgit, bungalow, unta, ternakan, business kerana ingin berhijrah sehelai sepinggang bersama rasullullah s.a.w dari Mekah ke Madinah al-munawarah. Cuba kita fikir.... apa yang kita dah korbankan untuk berhijrah kepada islam???!!!

Diberitakan bahawa, Abdul Rahman Bin Auf r.a. pernah tertinggal Takbiratulihram rakaat pertama ketika solat berjemaah dengan berimamkan Nabi Muhammad s.a.w. dek kerana kesibukkannya mengurus businessnya. Pada malamnya dia bermimpi menaiki kuda untuk mengejar 27 orang sahabat lain yang menunggang kuda. Beliau masih tidak dapat mengejar 27 kuda-kuda tersebut. Esoknya baginda bertanya kepada nabi muhammad mengenai mimpi tersebut.

Rasullullah s.a.w. menjelaskan bahawa kerana tertinggal takbir pertama solat jemaah maka tidak sama tahapnya dengan mereka yang dapat bertakbiratulihram dalam solat jemaah. MAKA JUTAWAN ABDUL RAHMAN BIN AUF bertanya bagaimana kah sekiranya dia ingin menyamakan pahala tersebut dengan sahabat2 lain. Nabi menjawap, sekiranya dia bersedekah semua hartanya pun masih tidak dapat menyamai pahala tersebut.

MAKA, kerana HEBATNYA iman dan tawakal Abdul Rahman Bin Auf r.a. Beliau telah menginfakkan 1000 ekor unta kejalan Allah , hanya kerana tertinggal Takbir pertama solat jemaah bersama Nabi. < Pada masa tersebut 1000 ekor unta = 1000 buah BMW 5 series>

Soalan CEPU EMAS: MAMPUKAH KITA ZAMAN SEKARANG INI MELAKUKAN SEBAGAIMANA ABDUL RAHMAN BIN AUF????

Jawapan CEPU EMAS: Kalau setakat sembahyang pun dilewatkan oleh meeting..... TAK PAYAHLAH nak mimpi setaraf dengan para sahabat. Itupun baru diuji dengan meeting dan kerja yang tak seberapa (nak beli BMW pun tak dapat dengan gaji tuuu...)


Ana menyampaikan cerita ini buat peringatan dan muhasabah bagi diri sendiri dan para penternak sekalian. Moral of the story, niat nak bisnes kena betul. Janagn sampai bisnes kita menjauhkan kita dari Maha Pencipta Sekalian Alam.

Wallahu'alam wa jaziran kasiran.

1 comment:

HUBUNGI KAMI : said...

Salam tuan, kami adalah pengimport dan pembekal kambing baru, dapat kiranya jika tuan ingin menambah kambing boleh lah cuba dengan kami.Jika ada kelapangan silalah lawati http://azambestfarm.blogspot.com

TK