PENDUDUK BUMI YANG DAH JENGOK KAMI SERAMAI...

ORANG DAH JENGOK KAMI
Free hit counter

Friday, March 6, 2009

KEMBALI KEPADANYA...

Assalamualaikum kepada semua muslim bloggers,

Sepanjang hidup seseorang manusia, pasti ada satu tahap dimana mereka akan diuji dengan ujian yang besar. Sepanjang hidup seorang manusia, pasti ada suatu masa bilamana Allah akan memanggilNya kembali denagan ujian, sebagai peringatan akan umurnya.

Disampaikan oleh Ibnu Al-Jauzy: Apabila saat matahari terbit, Malaikat maut menyeru kepada semua manusia yang berumur umur 40 tahun: "Sudah masanya anda bersiap-siap sementara daya fikir dan tenagamu masih kuat dan segar, anggota tubuhmu masih kekar."

Malaikat menyeru kepada manusia berumur 50 tahun:
" Wahai saudara-saudara, sudahkah anda bersiap-sedia untuk menuai hasil amal anda?"

Malaikat menyeru kepada manusia berumur 60 tahun:
" Sudah lupakah anda akan seksa dan sulitnya hari perhitungan. Aku tidak perlu memanjangkan umurmu lagi kerana sudah datang untukmu peringatan-peringatan dan orang yang kurang menggembirakan. "

PASTI ADA SATU DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA di mana Allah akan sengaja memberi satu peristiwa/kejadian yang tidak boleh kita lupakan. Contohnya : Ditimpa peristiwa yang nyaris meragut nyawa sendiri, Kemalangan orang tersayang/diri sendiri, kehilangan harta/orang tersayang, kehilangan arah dalam hidup, tercari-cari matlamat hidup dan sebagainya.

Mungkin juga kita dikejutkan dengan kejayaan yang tidak diduga, kemenangan yang besar, kemewahan dan rezeki yang melimpah-ruah setelah mengharungi susah-payah.

Sebenarnya, itu semua adalah UJIAN yang Allah turunkan kepada kita sebagai PERINGATAN supaya kita kembali kepada-NYA. ALLAH mengingatkan kita supaya tidak lupa akan janji dan tujuan manusia dan jin diciptakan: semata-mata untuk menyembah ALLAH.


Terjemahan Surah Al-Insan ayat 27 hingga 31:

" Sesungguhnya orang yang menentangmu itu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya serta mereka tidak menghiraukan hari akhirat yang amat berat penderitaannya. "

" Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan sendi tubuh mereka. Apabila kami kehendaki , kami gantikan mereka dengan orang yang serupa dengan mereka dengan penggantian yang sebaik-baiknya."

" Sesungguhnya keterangan yang disebutkan ini adalah suatu peringatan. Maka, sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, nescaya dia mengambil jalan yang menyampaikannya kepada keredaan Allah dengan iman dan taat."

" Kamu tidak mampu melakukan sesuatu perkara melainkan apabila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan Maha Bijaksana (mengaturkan segala yang dikehendakiNya.)"

"Dia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam RahmatNYa. Bagi orang yang zalim, Dia menyediakan untuk mereka Azab yang pedih."

Dan benarlah perkataan Allah yang Maha Agung.

waallahu a'lam.

No comments: