Assalamaualaikum w.b.y dan selamat sejahtera kepada yang bukan islam.
" ALLAH yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalNya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. suarh AL-Mulk: ayat 2.
Selamat bertemu lagi dengan berita daripada smallville, Pontian.
Posting yang lalu, ana bercerita tentang demam cikung. Semalam ana pulak yang di"uji" dengan demam cikung. Syukurlah sebab ana dah sembuh hari ini. Berkat kekuatan "100x Bismillahirahmanirahim".
Ana nak kongsi cerita macam mana rasanya kena demam cikung nie. Anda tak akan tahu bila dia nak start, besok pagi bangun tidur sedar-sedar tangan atau kaki anda tidak boleh digerakkan. Punyelah susah nak bangun dari katil, kalau tidur dekat lantai lagi tak boleh bangun. Biasanya kedua-dua bahu akan betul-betuk sakit macam kena pukul dengan kayu, bengkak tak boleh nak angkat tangan dan tak boleh nak push-up badan. seksa...memang terkejut dibuatnya. Tapi jangan panik.
Kaki pulak akan terasa terlalu sakit dekat tendon belakang kedua-dua lutut. Tak boleh nak bengkokkan kaki masa nak berdiri...sebab sakit dan ras macam tak ada energy ! Ada yang rasa sendi jari tangan sakit sangat. Ada yang rasa tapak kaki seperti dicucuk jarum. Jangan panik !
Ana terfikir jugak, ramai yang kenan demam nie adalah orang-orang yang kuat kerja, pekebun, penternak, peladang kerja gomen pun kena jugak. Lepas sorang-sorang kena.
Pengalaman masa first time tak berdaya yang bangun amat menakutkan. Seolah-olah kaki dan tangan anda LUMPUH! Tak boleh nak guna untuk berdiri dan berjalan. Semasa nak jalan kalau boleh pakai tongkat, syukurlah, ada yang tak berdaya langsung nak gerakkan kaki. Kalau nak sembahyang diri memang OUT! tak boleh buat punya.
Ana cuma diberi sekejap pengalaman merasa macammana keadaaan pesakit lumpuh ataupun angin ahmar/stroke... walaupun satu hari mengalaminya penangan demam cikung, cukup untuk membuat ana insaf akan kekuatan Allah dan kelemahan kita hambanya.
Rupa-rupanya Allah Maha Pengasih, Pemurah dan Penyayang kepada hamba-hambanya. Kerana demam cikung yang diberi itu memberi peringatan akan umur manusia dan sekaligus menjadi Kafarrah/penghapus dosa kita selam ini. Beruntunglah sesiapa yang demam lebih daripada 2 minggu tu... sebab banyak dosa diampunkan Insyaallah. Bagi yang belum kena tuuu, jangan takabur. Mungkin ada masanya kita akan merasa, bagaimana jika nikmat kekuatan yang ALLH pinjamkan kepada manusia daripada sifat AL_QAHAR itu ditarik balik walau, hanya sebentar.
SAMA-SAMALAH KITA MENGINGATI AKAN PESANAN ALLAH KAPADA MANUSIA MELALUI HIKMAT WABAK PENYAKIT. Supaya kita tidak hanya ingat akan dunia dan lalai terhadap tuhannya.
WALLAHUALAM, WASALAMU.
Monday, July 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment