PENDUDUK BUMI YANG DAH JENGOK KAMI SERAMAI...

ORANG DAH JENGOK KAMI
Free hit counter

Saturday, July 5, 2008

AGENDA POLITIKUS MALAYSIA...

Assalamualaikum kepada semua muslim bloggers dan selamat siang kepada non-muslim.

Kebelakangan ini arena politik Malaysia begitu rancak. Maklumlah, baru je lepas pilihanraya. Semua pemimpin nak tunjuk kat Rakyat yang MEREKA BOLEH memimpin Malaysia. Kita seringkali dikejutkan dengan senario politik dan agenda politik beberapa orang ternama di Malaysia. Tapi pernahkah kita terfikir, KRITERIA PEMIMPIN SEBENAR???

Ana kenal beberapa orang biasa yang memang bermati-matian sokong para pemimpin mereka... kononnya kerana Perjuangan untuk rakyat. Ada juga yang menyokong kononnya perjuangan untuk mendapatkan "kabel" dengan pemimpin. Walau apapun niat dan objektif kita menyokong para pemimpin... yang paling penting perlu lihat kriteria dan sahsiah pemimpin kita.

Kengkadang ana sedih melihat ramai orang bercita-cita ingin menjadi pemimpin politik. Sanggup berusaha bermati-matian untuk masuk kedunia politik.
Bukan sedih tengok diorang kerje kuat... tapi sedih sebab pada zaman sahabat Rasullullah... PEMIMPIN SEBENAR tidak berebut untuk memegang jawatan, malah menolak jawatan yang diberi! Sebabnya ... rasa malu dan tawaduk takut tidak mampu menjawap dihadapan Allah di akhirat kelak.

Ana kesian dan sedih sebab kerana politik dan jawatan, kerana parti dan idea perjuangan masing-masing orang-orang melayu islam sanggup fitnah-memfitnah secara terbuka. Orang melayu islam sanggup membuka pekung saudara seislam yang lain. Orang melayu islam sanggup bergaduh dan bermusuhan di hadapan orang lain yang bukan islam kerana wang, politik, jawatan dan DUNIA!!!

Andainya Nabi Muhammad S.A.W. masih bersama kita, nescaya beliau akan menangis kerana akhlak umat-nya pada akhir zaman ini sungguh MEMALUKAN ISLAM YANG SUCI, MENIDAKKAN AJARAN AL-QURAN YANG MULIA malah MENJATUHKAN MARUAH SESAMA SAUDARA SEISLAM!

Kita hanya seronok melihat berita diTV dan akhbar, mengenai cerita benci-membenci, fitnah-memfitnah, caci-mencaci di antara kita. Siapakah Kita????
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN.

Memang benarlah janji Allah dan pesan Nabi Muhammad S.A.W. mengenai tanda-tanda kecil kiamat:


1. Timbulnya perkara keji, buruk dan kata-kata kotor.
2. Tersebarnya pemutusan silaturrahim.
3. Tersebarnya tuduhan dan pengkhianatan terhadap orang yang jujur.
4. Mempercayai dan mendekati orang yang suka mengkhianat.
5. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa.
6. Manusia berbangga dan bermegah dengan masjid dan perhiasannya.
7. Berkurangnya sifat amanah.
8. Seorang lelaki dihormati bukan kerana kebaikannya, tetapi kerana orang takut akan kejahatannya.
9. Penjualan jawatan kepimpinan yang boleh diterima dengan wang.
10. Orang-orang fasik dimuliakan, orang-orang mulia dan baik diperendahkan.
11. Berlakunya kenaikan harga barang, sehingga gaji tidak mampu menampungnya.
12. Fitnah telah memasuki setiap rumah.

Semua perkara diatas telahpun berlaku didepan mata kita. CUMA MATA HATI KITA SAJA YANG TERTUTUP DARI MELIHAT.

KEPADA PARA POLITIKUS DAN PEMIMPIN RAKYAT:

"HENTIKANLAH SANDIWARA YANG KOTOR INI. JALANKAN TANGGUNGJAWAP ANDA SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM KERANA SEANDAINYA ANDA SENARAIKAN, MASIH BANYAK HAK SEBAGAI RAKYAT YANG ANDA BELUM TUNAIKAN. ANDAINYA DIDUNIA INI PARA PEMIMPIN TIDAK MAMPU UNTUK MENJAWAP SOALAN RAKYAT, JANGAN HARAP ANDA BOLEH MENJAWAP SOALAN ALLAH DIPADANG MAHSYAR KELAK. RENUNGKANLAH."

wallah hu allam.
wasalamu.

No comments: